Monday, August 26, 2013

BERNIAGA DI DATARAN MERDEKA

Kuala Lumpur: Bertempat di Dataran Merdeka pada 24-25 Ogos 2013. Kedai Warisan telah menerima jemputan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) untuk mengadakan promosi Usahawan & Produk Kraf buatan Malaysia.

Kedai Warisan mengambil peluang ini untuk mempromosikan barangan kraftangan malaysia dari segi sudut Keris & Senjata melayu.Malah memmemberi sedikit info tentang budaya senjata melayu yang selalu dianggap oleh sesetenggah masyarakat lebih terjerumus kepada mistik & ketinggalan zaman.

kedai Warisan bersama sahabat-sahabat lain daripada Komuniti Keris Warisan juga mempromosikan Busana Tradisi Melayu dengan berpakaian ala-ala di zaman era Melaka dahulu kala. Kami mendapat respond yang baik dari segenap lapisan msyarakat tak mengira tua atau muda. Malah Pelancong asing juga banyak yang memberi pujian kepada kami kerana baru mereka dapat melihat budaya sebenar yang mereka inginkan dan menjadi punca sebab mereka datang ke malaysia ini.

Tuan Kedai, Kedai Warisan

Tuan Kedai, Kedai Warisan

Sahabat-sahabat yang turut Hadir bersama

Antara Senjata-senjata melayu yang pamerkan

Antara Senjata-senjata melayu yang pamerkan

Antara Senjata-senjata melayu yang pamerkan

Sahabat-sahabat yang turut Hadir bersama