Monday, December 1, 2014

MAJLIS MENGIRING PENGANTIN DI GOMBAK DEWAN DATIN BANQUET

Salam,

Pada 30/11/2014 kami telah mengiring pasangan Raja Sehari di majlis mereka di Gombak Dewan Datin Seri Banquet. Kami mengiring dengan Pasukan Gendang dan ada Persembahan Silat daripada Guru-guru Silat Sendiri dengan berbusana seperti di zaman silam Cukup Meriah Majlis Perkahwinan ini. Selamat Pengantin Baru Kami Ucapkan

Bagi mereka yang ingin menempah perkhidmatan kami, Mengiring serta Kumpulan Gendang Silat untuk majlis sanding anda sila Hubungi saya Kedai Warisan 012-5367299








TEMPAHAN PARANG KERJA

Tempahan Sahabat, Parang/Golok Kerja:

1. Kayu Akasia
2. Besi Spring
3. Panjang 15 inci

Pemiliknya




Friday, November 21, 2014

KERIS SEPOKAL TEMPAHAN PELANGGAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana saya dapat juga menyiapkan sebilah keris sepokal bugis tempahan pelanggan yang mana bakal dipakai olehnya pada majlis hari perkahwinan beliau pada 28/11/2014 ini nanti.

Keris sepokal bugis, mata 17 inci pamor gunungan dan junjung darjat, sampir kayu juha batang serunai kayu sena dan hulu kayu sawa berukir penuh ini tempa dan di siapkan dalam masa 8 bulan (Oleh sebab faktor kesihatan dan masa...tu yang lambat sikit tu hehehe maklum lah sorang buat)....Baiklah lah biar gambar berbicara sahaja...







Monday, November 17, 2014

TEMPAHAN TANJAK UNTUK MENERIMA ANUGERAH KEBESARAN DI RAJA

Di Kedai Warisan, kami menyediakan perkhidmatan membuat set tanjak untuk Majlis Menerima Anugerah Darjah Kebesaran.

Harga (Set Kualiti Kain Gred B)

1. Set Tanjak: RM 450.00 (Tanjak+ Sampin+ Bengkong)
2. Tanjak Sahaja: RM 250.00

Harga (Set Kualiti Kain Gred A)

1. Set Tanjak: RM 850.00 (Tanjak+ Sampin+ Bengkong)
2. Tanjak Sahaja: RM 450.00

Harga Upah Membuat Tanjak, Untuk Majlis Kebesaran dan Menerima Anugerah DiRaja:

1. Kain sendiri: RM 250.00 ( Tanjak + Bengkong)
2. Kain Sendiri: RM 200.00 (Tanjak Sahaja)


Jenis Tanjak Menerima Anugerah untuk Negeri-negeri:

1. Perlis
2. Kedah
3. Perak
4. Selangor
6. Negeri Sembilan
7. Pahang
6. Terenganu
8. Kelantan

* TEMPAHAN HARUS DIBUAT 2 MINGGU AWAL SEBELUM, TARIKH MENERIMA ANUGERAH. UNTUK MEREKA YANG MENEMPAH DI SAAT-SAAT AKHIR (2-3 HARI SEBELUM MAJLIS) AKAN DI KENAKAN EXTRA CHARGE. HARAP MAKLUM.

* DEPOSIT 50% AKAN DI KENAKAN UNTUK PARA PENEMPAH, PEMBAYARAN PENUH KETIKA MENEMPAH AMAT DI GALAKKAN.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi: 012-536 7299


(Gambar Contoh Pemakaian - Penerima Darjah Kebesaran Pahang)

(Gambar Contoh Pemakaian - Penerima Darjah Kebesaran Selangor)


(Gambar Contoh Pemakaian - Penerima Darjah Kebesaran Kedah)


(Gambar Contoh Pemakaian - Penerima Darjah Kebesaran Perlis)


(Gambar Contoh Pemakaian - Penerima Darjah Kebesaran Kelantan)


(Gambar Contoh Pemakaian - Penerima Darjah Kebesaran Kelantan)


CULTUAL CARNIVAL 40TH ANNIVERSARY OF MALAYSIA CHINA DIPLOMATIC RELATIONSHIP

Salam,

Pada 15 November 2014, bertempat di Central Market (Pasar Seni Kuala Lumpur) kami daripada group Pusaka Warisan Bangsa dengan Persatuan Seni Silat Melayu Keris Lok 9 (Di bawah kelolaan Cikgu Muhammad Gadaffi) telah dipanggil untuk mengadakan Persembahan Silat sempena CULTUAL CARNIVAL 40TH ANNIVERSARY OF MALAYSIA CHINA DIPLOMATIC RELATIONSHIP.

Persembahan Silat terdiri daripada Guru-guru Silat telah mendapat sambutan hangat daripada para penonton dan para pelancong tempatan dan luar negara. Rata-rata para penonton kagum dan seronok melihat persembahan daripada Guru-guru silat ini. Persembahan yang dpaat memukau para penonton ini juga adalah satu cara Group kami mempekenalkan dan mempersembahkan Warisan Seni Budaya Melayu Malaysia kepada orang dengan berbusana lengkap seperti Pahlawan di Zaman Silam.

Kumpulan kami, mendapat tepukan dan menjadi tumpuan para penonton dan para pelancong yang datang ingin bergambar dengan kami (Terasa Seperti Artis Pula) walaupun hujan lebat tetapi para penonton tidak berganjak ingin melihat persembahan kami. jadi ini antara bingkisan yang dpat saya paparkan di sini.


Ini Antara Barisan Group Persembahan

Ini Antara Barisan Group Persembahan


Ini Antara Barisan Group Persembahan


Persembahan daripada Saya bermain Tekpi

Persembahan daripada Saya bermain Tekpi


Persembahan daripada Saya bermain Tekpi


Persembahan daripada Saya bermain Tekpi


Rakan-rakan sepejuangan menutup tirai persembahan


Thursday, November 13, 2014

KERIS TAJONG BILAH SARAS

ALHAMDULILLAH SIAP JUGA TEMPAHAN PELANGGAN, BAGI MERIALISASIKAN IMPIAN PELANGGAN YANG MANA INGIN ADAKAN SEBILAH KERIS PUSAKANYA SEMPENA MAJLIS RAJA SEHARI BELIAU. TANIAH KEPADA TUAN KAMAL ARIFF DAN SELAMAT PENGANTIN BARU.


PROSES PEMBIKINAN BILAH DAN SARUNG:











SEGAK TUANNYER MEMAKAI SEMASA MAJLIS PERSANDINGAN:








KERIS MALELA LOK 3 SELIT

TEMPAHAN PELANGGAN KERIS MALELA LOK 3 SELIT, PANJANG BILAH 8 INCI 


KERIS MALELA SELIT LOK 3 YANG DI HASILKAN OLEH OWNER KEDAI WARISAN EN. HAZUAN