Friday, November 21, 2014

KERIS SEPOKAL TEMPAHAN PELANGGAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana saya dapat juga menyiapkan sebilah keris sepokal bugis tempahan pelanggan yang mana bakal dipakai olehnya pada majlis hari perkahwinan beliau pada 28/11/2014 ini nanti.

Keris sepokal bugis, mata 17 inci pamor gunungan dan junjung darjat, sampir kayu juha batang serunai kayu sena dan hulu kayu sawa berukir penuh ini tempa dan di siapkan dalam masa 8 bulan (Oleh sebab faktor kesihatan dan masa...tu yang lambat sikit tu hehehe maklum lah sorang buat)....Baiklah lah biar gambar berbicara sahaja...