Monday, November 17, 2014

CULTUAL CARNIVAL 40TH ANNIVERSARY OF MALAYSIA CHINA DIPLOMATIC RELATIONSHIP

Salam,

Pada 15 November 2014, bertempat di Central Market (Pasar Seni Kuala Lumpur) kami daripada group Pusaka Warisan Bangsa dengan Persatuan Seni Silat Melayu Keris Lok 9 (Di bawah kelolaan Cikgu Muhammad Gadaffi) telah dipanggil untuk mengadakan Persembahan Silat sempena CULTUAL CARNIVAL 40TH ANNIVERSARY OF MALAYSIA CHINA DIPLOMATIC RELATIONSHIP.

Persembahan Silat terdiri daripada Guru-guru Silat telah mendapat sambutan hangat daripada para penonton dan para pelancong tempatan dan luar negara. Rata-rata para penonton kagum dan seronok melihat persembahan daripada Guru-guru silat ini. Persembahan yang dpaat memukau para penonton ini juga adalah satu cara Group kami mempekenalkan dan mempersembahkan Warisan Seni Budaya Melayu Malaysia kepada orang dengan berbusana lengkap seperti Pahlawan di Zaman Silam.

Kumpulan kami, mendapat tepukan dan menjadi tumpuan para penonton dan para pelancong yang datang ingin bergambar dengan kami (Terasa Seperti Artis Pula) walaupun hujan lebat tetapi para penonton tidak berganjak ingin melihat persembahan kami. jadi ini antara bingkisan yang dpat saya paparkan di sini.


Ini Antara Barisan Group Persembahan

Ini Antara Barisan Group Persembahan


Ini Antara Barisan Group Persembahan


Persembahan daripada Saya bermain Tekpi

Persembahan daripada Saya bermain Tekpi


Persembahan daripada Saya bermain Tekpi


Persembahan daripada Saya bermain Tekpi


Rakan-rakan sepejuangan menutup tirai persembahan